Adds by Nuffnang

Sunday, January 29, 2012

Nude Makeup

pic source:google

Solekan ‘nude’ kembali diminati

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
     
PADA majlis penganugerahan Golden Globe yang lalu, selebriti wanita A-List Hollywood kebanyakannya memilih warna ‘nude’ dan lembut daripada berlumba-lumba mencuri tumpuan bergincu merah.
Bibir berkilat, namun tetap mengancam sekalipun solekan teduh mendamaikan mata
memandang. Solekan ‘nude’ pernah menjadi satu ‘trend’ yang besar untuk musim bunga/musim panas 2009 dan kali ini ia kembali menggegarkan!

Inspirasi solekan bintang di Golden Globe, Hayden Pannetiere yang kelihatan berseri dan berkilau atau mahukan gaya penuh glamor berkilat seperti Jennifer Lopez. Jika mahu solekan ‘nude’ yang dramatik, boleh memilih gincu ‘matte’ yang seksi seperti Eva Mendes. 
Komen jurusolek selebriti tempatan, Tiar Zainal, gaya solekan ‘natural’ kembali menjadi ikutan sejak 2011 lagi selepas warna berani dan ‘vibrant’ mendominasi pentas peragaan tidak lama dulu. 
“Masih bersolek tetapi tampak seperti tidak bersolek itulah pengertian solekan ‘nude’. Pemilihan bedak asas dan bedak ‘compact’ haruslah betul dan sekata dengan warna kulit sebenar. Begitu juga dengan pemilihan pembayang mata, pemerah pipi dan gincu yang terdiri daripada warna tanah. Teknik aplikasi solekan sebegini adalah secara ‘minimalist’.

“Solekan sebegini memang sesuai ke majlis anugerah kerana biasanya apabila menghadiri anugerah selebriti akan bergaya sakan dengan gaun dan busana yang indah dipadankan pula aksesori. Pemakaian yang sarat boleh diimbangkan dengan solekan sebagaimana sering saya lakukan kepada Liyana Jasmay dan Scha Al-Yahya.

“Akan tetapi jangan salah faham ‘nude’ bukan solekan pucat tetapi solekan nipis yang masih mampu menaikkan seri wajah. Kenapa selebriti antarabangsa atau orang kulit putih gemarkan solekan ‘nude’ kerana mereka mempunyai raut wajah sempurna.

“Bibir terukir, hidung mancung, mata berkelopak dan raut wajah terbentuk serta yang tidak memerlukan mereka bersolek tebal,” katanya.

****Sumber dari Harian Metro 30 Januari 2012

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails